Terma & Syarat

SYARAT DAN TERMA PEMBELIAN PLAT KHAS KENDERAAN UKM SEMPENA SAMBUTAN UKM KE-50

1.    Pembelian terbuka kepada semua warganegara Malaysia.

2.    Pembeli dibenarkan membida dan membeli lebih dari satu (1) nombor.

3.    Nombor pendaftaran khas kenderaan UKM hanya boleh digunakan untuk daftar kenderaan Malaysia sahaja.

4.    Semua pembelian hendaklah dilakukan melalui bidaan terbuka di laman rasmi portal bidaan UKM, ubida.ukm.my.

5.    Semua bidaan dalam talian memerlukan penggunaan kad kredit dan perbankan dalam talian (FPX) dll.  

6.    Tiada deposit akan diambil untuk pembelian plat Unggul, Prima, dan Terhad dan pembida hendaklah membayar keseluruhan nilai bidaan pertama sahaja. Setelah keputusan menang diterima, pembida boleh membuat bayaran selebihnya untuk menuntut sijil kelulusan JPJ. Bagi nombor kategori Terpilih, tidak perlu membayar keseluruhan tetapi deposit 20% akan dikenakan dan juga peratusan sama untuk nilai bidaan pertama sahaja. Pembayaran akhir bagi tuntuan sijil adalah sama untuk semua kategori. 

7.    Setiap bidaan dijadualkan untuk tamat pada pukul 12.00 pm tengahari. Jika terdapat bidaan diletakkan dalam masa 5 minit terakhir sebelum tamat, bidaan tersebut akan akan dipanjangkan selama 5 minit tambahan. Setiap bidaan tambahan akan dipanjangkan untuk selama 5 minit tambahan. Sehubungan itu, ada bidaan yang akan tamat tepat jam 12.00pm dan mungkin berbeza untuk yang lain. Kesemua keputusan bidaan adalah melalui portal bidaan UKM adalah muktamad dan sebarang rayuan/permohonan perubahan tidak akan dilayan. 

8.    Pendaftaran dan kegunaan nombor plat kenderaan UKM masih tertakluk kepada syarat-syarat di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalanraya, Kementerian Pengangkutan Malaysia. 

9.    Untuk urusan penukaran nama hak-milik nombor plat setelah berjaya dalam bidaan, pembeli hendaklah:-
       a. Memberikan nombor kad pengenalan dan nama penuh pemilik baharu nombor plat kenderaan tersebut kepada Yayasan Canselor dalam masa tiga (3) hari bekerja setelah makluman bidaan berjaya. Pembida hendaklah; Muat-turun borang dari ubida.ukm.my, melengkapkan dan menyerahkan Borang P01/1 melalui serahan tangan ke Pejabat Yayasan Canselor.
       b. Resit dan sijil rasmi tawaran nombor plat kenderaan khas UKM akan dikeluarkan secara otomatik setelah tiga (3) hari bekerja dan sebarang perubahan/rayuan tidak akan dilayan. 

10.    Sistem bidaan atas talian akan dikemaskini setiap hari jam 12 tengahari dan pembida berjaya akan dipaparkan di dalam profil pembida berdaftar. Pembida berjaya juga akan diberikan notifikasi melalui portal UBida dan emel (jika maklumat diberikan).

11.    Arahan pendaftaran setelah berjaya dan menerima sijil tawaran dari Yayasan Canselor:
        a. Pembeli perlu menghubungi Yayasan Canselor dan memilih tarikh untuk mengambil resit dan sijil tawaran rasmi plat khas UKM dari pejabat Yayasan Canselor. 
        b. Pendaftaran nombor khas kenderaan UKM tersebut perlu didaftarkan dalam tempoh 12 bulan di JPJ Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Untuk permohonan lanjutan tempoh, boleh hubungi pihak JPJ bagi tujuan tersebut.
        c. Sebarang pindah-milik setelah nombor khas UKM didaftarkan pada kenderaan hendaklah berurusan dengan bahagian JPJ.

12.    Resit dan sijil tawaran asal hanya akan dikeluarkan sekali. Pihak pembida berjaya dinasihatkan menyimpan sijil tawaran rasmi dengan baik dan tidak cuai. Cetakan semula sijil tawaran rasmi hanya boleh dilakukan jika bukti kehilangan yang sahih (cth; laporan polis) dapat dikemukakan dan akan dikenakan caj RM20. 

13.    Segala keputusan bidaan adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan. UKM mengamalkan polisi tiada hadiah dan berharap semua pihak menghormati proses penjualan plat kenderaan khas ini. 

 

SYARAT-SYARAT KHAS LAIN PENJUALAN

1.    UKM juga menawarkan skim potongan gaji bulanan sehingga lima (5) tahun bagi staf-staf yang ingin menggunakan kemudahan tersebut. Potongan gaji adalah tertakluk kepada kelulusan Jabatan Bendahari UKM. 

2.    Kesemua harga bidaan plat kenderaan yang dipaparkan dalam sistem adalah muktamad dan telah diluluskan pihak pengurusan tertinggi Universiti.